Monday 19 March 2012

Contoh berita yang melanggar etika kewartawanan


Berikut adalah surat PSM kepada RTM1 mengenai tindakan mereka menyiarkan fitnah mengaitkan pengerusi PSM Dr. Nasir Hashim dengan murtad.

Kepada,
YBhg. Dato' Norhyati Ismail
Ketua Pengarah Penyiaran
Wisma TV, Angkasapuri,
50614, Kuala Lumpur
Faks: 03-2282 7146/03-2284 7591
Emel: hyati@rtm.gov.my
Y Bhg Dato,
Re: Tindakan RTM1 menyiarkan berita mengaitkan pengerusi PSM Dr. Nasir Hashim dengan murtad amat tidak bertanggungjawab, tidak profesyenal dan melanggar etika kewartawanan
Kami ingin mengutarakan rasa dukacita dan kecewa dengan Penyiaran RTM1 dalam Berita 27 Ogos 2011 yang cuba mengaitkan Pengerusi PSM dan ADUN Kota Damansara dengan tuduhan murtad berdasarkan nama beliau tersenarai dalam satu senarai 'Murtads in Malaysia & Singapore' Facebook group.
Tindakan fitnah dan tohmahan in di bulan Ramandan ini amat tidak bertanggungjawab kerana RTM sepatutnya lebih bertanggungjawab semasa membuat satu laporan dan sepatutnya menyemak kesahihan kerana sesiapa sahaja boleh masukkan nama seseorang dalam senarai facebook satu kumpulan. Sebagai satu Badan Penyiaran Nasional, RTM sepatutnya menyemak kesahihan berita yang disiarkan olehnya.
Kami juga berpendapat tindakan RTM selain dari tidak bertanggunjawab dan tidak profesyenal, juga berniat jahat kerana 2 minggu yang lalu, seorang Pemberita dari RTM cuba menghubungi Dr. Nasir mengenai kumpulan ini dan Dr. Nasir sudahpun membuat penafian. Jika Dr. Nasir sudahpun menafikan, mengapa RTM masih mahu menyiarkan berita ini? Apakah agenda sebenar RTM ?
Parti Sosialis Malaysia (PSM) dengan ini menuntut RTM meminta maaf dan membuat pembetulan yang sewajarnya.
Sekian terima kasih. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian 019-2537791.
Yang benar,
S. Arutchelvan
Setiausaha Agung PSM

No comments:

Post a Comment

About Me

Followers